Wednesday, May 26, 2010

ukm- wacana bahasa kebangsaan



perjalanan bermula pada 8 pg dari Kuantan menaiki bas transnasional, tiba di UKM tepat jam 1 ptg. bermandikan peluh dan kelaparan.. saya pegi makan kat cafe Ungku Omar sblm check in di rumah tamu jam 2. seminar start 2.30 ptg. terkejar2.. nak ke ATMA, saya susuri jalan2 ke kuliah di fssk. masih segar diingatan saya jalan nak ke sana. seolah2 menjadi pelajar kembali. malah sy disangka pelajar semasa mendaftar untuk menyertai wacana ini..:-)


smpi di bilik majlis, wacana baru shj bermula. ahli panel ialah Encik Rusli Ghani dari DBP. Dr. Zurinah Hassan, sasterawan n Dr. Teo Kok Seong (kanan sekali) dari UKM. Untuk makluman Dr. Teo mempunyai empat ijazah dalam bidang bahasa dan kini merupakan felo penyelidik utama ATMA. setiap ahli panel diberikan masa selama 40 minit untuk membentangkan pandangan mereka mengenai bahasa kebangsaan. namun apa yg lebih membanggakan saya ialah ada kenalan dari Perancis yg fasih bertutur dalam bahasa Melayu. malah pasangan ini menggunakan nama Melayu Aisyah dan Osman. mereka berada di UKM mengambil kursus bahasa Melayu selama 8 bulan. kemampuan mereka untuk berbicara dalam bahasa Melayu buat saya kagum n bangga. punyalah seronok berborak smpi terlupa nak amik gambar...

No comments:

Post a Comment