Monday, May 24, 2010

result periksa darjah 1

''kita rasa kita boleh dapat nombr satu''.. kata wajiha. ''ok, klu adik dapat nombr 1, ngah belikan warna baru untuk adik ye, tp klu tak dpt nombr satu, tak dapatlah warna tu''. ''ok'' kata wajiha.. selang dua minggu, result periksa pun keluar dan dihantar kepada ibu bapa.. ''adik periksa baru ni dapat no berapa?'' no 8..... oh, oklah tu'' tiba disambungkan perkataan belas lambat2 di belakang 8... ''eh!eh!... ooo dapat no 18... takpe adik, cuba lagi, jangan give-up..''

sebenarnya tiada paksaan terhadap adik2 saya supaya mendapat bagus atau nombor satu dalam peperiksaan.. apa yang penting mereka sentiasa diperbetulkan kesalahan dalam peperiksaan supaya tidak lagi melakukan kesilapan yang sama pada akhir tahun.. kemahuan untuk belajar dan menimba ilmu sebenarnya lebih penting.. ramai mereka yang dilihat berjaya pada peringkat awal persekolahan, tetapi di hujungnya tidak berjaya memberi manfaat kepada orang lain mahupun diri sendiri. kesian melihat budak2, baru tahun 1, tp dah pegi tuition sana, tuition sini.. mana pergi masa untuk diri mereka meneroka zaman kecil mereka? ibu bapa dilihat mempergunakan anak2 untuk dipandang berjaya mendidik mereka, tetapi hanya dari segi akademik semata2. bagaimana dari segi fardu ain? mengaji dan sembahyangnya? turut diberi penekanan atau tidak? alhamdulillah sekiranya kedua2nya diseimbangkan.

No comments:

Post a Comment