Wednesday, December 1, 2010

tips jimat


Zaman sekarang semua barang mahal.. kalau tidak bijak perancangan sememangnya akan berlaku 'hari ini dapat gaji, esok dah habis'. Di sini saya nak kongsikan beberapa tips untuk jimat. Jom sama-sama kita cuba untuk bulan yang pertama dan kenalpasti berapa RM yang kita dapat jimat selepas mengamalkan tips tersebut.

1) Kurangkan perbelanjaan harian sebelum membeli sesuatu untuk diri sendiri. Tetapi sebelum itu, tanya diri sendiri -Adakah saya betul-betul perlukannya?-Bolehkan saya dapatkannya di tempat lain dengan harga yang murah?-Bolehkah saya mendapatkannya secara percuma?

2)Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar melebihi bajet. Fikirkan kemungkinan ini, jika anda tidak menggunakan kereta, maka jimatlah duit minyak atau hanya membeli kereta yang lebih kecil.

3)Jimat penggunaan tenaga eletrik-kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan pengering)

4)Kurangkan sampah- gunakan kedua-dua belah halaman kertas dan guna kain lampin daripada lampin pakai buang

5)Guna semula atau kitar semula umpamanya pelajari cara membuat baja daripada sisa makanan dan usahakan kebun sayur atau tukarkan sampah anda kepada duit (jual surat khabar atau majalah lama)

6)Jadikan barang bertahan lebih lama dengan membaiki pakaian, kasut, dan perabot.

7)Cari kegunaan baru bagi barangan lama misalnya mengecat perabot lama, dan jadikan meja besar lama sebagai meja tulis dan buat quilt daripada pakaian lama

8)Cari barang penggganti yang lebih murah. Beli jenama biasa, membeli semasa jualan murah dan menyewa barang yang tidak berapa kerap digunakan.

9)Boleh berjimat cermat dengan memenuhi keperluan secara kreatif antaranya ialah langkah berkongsi kereta atau menggunakan sumber secara maksimum.

10)Berkongsi dalam pembelian yang besar. Perkongsian boleh membantu anda mendapatkan apa yang anda perlukan dengan kos yang rendah.

Moga perkongsian ini dapat membantu kita dalam menguruskan perbelanjaan seharian secara berhemah seterusnya mengelakkan pembaziran

Tuesday, November 2, 2010

mutiara kata hari ini


There is nothing bad, but thinking makes it so

-Shakespear-

All life is an experiment. The more experiments you make the better.

-Ralph Waldo Emerson-


Develop success from failures. Discouragement and failure are two of the surest stepping stones to success.
-Dale Carnegie-

sedekah paling mudah

Abu Yazid Al-Bushtami, pelopor sufi, pada suatu hari telah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, ‘’Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah tidak saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi kenapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?

Abu Yazid Al-Busthami menjawab, ‘Perbaikilah penampilanmu dan rubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya’. Lelaki itu tertunduk dan berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar tanpa mengeluh. Alhamdulillah, sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian perlu dijaga. Sikapnya yang ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Raut mukanya berseri.

Tidak hairan jika Imam Hasan al-Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Surah al-Ikhlas



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Katakanlah, Dialah Allah Yang Maha Esa

Allah adalah tempat pergantungan sekalian makhluk

Dia tidak beranak dan Dia tidak diperanakkan

Dan tiadalah bagiNya sebarang sekutu
.

Monday, November 1, 2010

tips kewangan

-70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda. Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut. Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!

-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma ke masjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagiaan dan digandakan!

-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes. Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus, beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.

-10% terakhir (RM200) anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.

10 Ways to Be More Green

1. Turn Off the Lights


2. Eat More Veggies

3. Use Greener Cleaners

4. Find New Uses for Old Things

5. Spend More Time Outdoors

6. Bring Your Own Bag to the Grocery Store

7. Start Gardening

8. Buy Products Made from Recycled Materials

9. Choose Reusable Instead of Disposable Products

10. Turn Off Your Computer

Penawar Hati


Marilah kita sama-sama beramal dalam kehidupan seharian.
Hati lebih tenang, tetapi keredhaan Allah lebih utama.

Saturday, October 30, 2010

into the fire

may your strength give us strength
may your faith give us faith
may your hope give us hope
may your love give us love


-Bruce Springsteen-2002

Thursday, October 28, 2010

kata hikmah

Darkness cannot drive out darkness, only light can do that. Hate cannot drive out hate, only love can do that." Martin Luther King

Tuesday, October 12, 2010

al-Fatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat

hadis

Rasulullah bersabda bermaksud: Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.

Hadis riwayat al-Hakim.

Thursday, October 7, 2010

pidato kemerdekaan ipt 2010

Makan malam di Bukit Gambang Resort City bagi meraikan pemidato yang mengambil bahagian sebelum taklimat pertandingan oleh ketua juri (kiri: Syed yang berpidato mewakili KIPSAS) dan yang membanggakan, KIPSAS merupakan satu-satunya kolej yang mengambil bahagian. Apapun, ia satu pengalaman berharga kerana dapat menimba pengalaman dengan pendebat yang hebat dari IPTA seluruh negara.

tapi ada yang paling best, ia ibarat percutian saya dan ianya ditanggung. Dapat la lari kejap dari beban kerja yang tak pernah habis (with Dina at pool)

pool di BGRC, lepas gian main air coz team park tutup :-(

1st time masuk rumah hantu.. jerit sekuat hati, sampai sakit tekak, hakikatnya takde lah seram sangat pun....

teater Muzikal Tun Mahathir

Rasa berkobar-kobar hendak melihat teater muzikal yang mengangkat kehidupan negarawan ulung negara ke pentas teater. Akhirnya semalam saya berjaya menjejakkan kaki ke laman istana budaya setelah beberapa kali program yang dirancang ini tertangguh. Tahniah kepada warga kerja dan barisan pelakon yang merealisasikan Muzikal Tun Mahathir selain istana budaya sendiri yang menjadi wadah dalam usaha mengangkat martabat teater yang sebelum ini dipandang sepi.
Tiket bagi teater ini habis dijual, dan kami hanya dapat menonton dari jauh. Biarpun begitu saya amat berpuas hati kerana dapat menghayati dan menelusuri kehidupan Tun Mahathir dari kecil hinggalah saat terakhir sebagai Perdana Menteri. Trip kedua ke istana budaya akan menyusul akhir November nanti untuk menonton teater Natrah pula...


Thursday, September 30, 2010

10 secrets to a stress-free life


start small

connect

focus on now

write it out

own the news


walk softly

try a mini meditation

take stock

love your commute

practice gratitude

Sunday, September 26, 2010

let's join Mercy Malaysia


Healing Across Borders

they deserve another chance to survive tomorrow
will you lend them your healing hands?



jejak warisan negeri Pahang


Seminar jejak warisan Negeri Pahang diadakan sempena Keputeraan Sultan Pahang ke-80 tahun. Biarpun tak dapat berada sehingga ke akhir seminar, ttp paparan mengenai masyarakat Melayu oleh Dekan dari aswara benar2 buat sy menghayati falsafah seni dan budaya Melayu. Sebenarnya banyak perkara yang boleh dikaji di sekeliling kita. Insya Allah, perkara ini akan menjana pemikiran dan tafsiran yang lebih mendalam lebih2 lagi dalam penulisan proposal tesis nnt.

Subhanallah

the new wajiha

mata kumpuan

Saturday, September 25, 2010

lagi mutiara kata


Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya dan cukup harapan untuk membuat kamu positif tentang kehidupan.




wanita muslimah


Wanita paling baik ialah yang paling tinggi apabila berdiri, paling besar apabila duduk, yang paling benar bicara, yang bersikap halus apabila sedang marah, apabila tertawa dia hanya tersenyum, apabila berkarya dia memperindahkan, yang mentaati suaminya, yang berada di rumahnya, terhormat di tengah kaumnya dan hina tatkala sendirian, banyak kasih sayangnya, banyak anaknya dan urusannya terpuji (50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita, 2007: 102)

Monday, August 30, 2010

Percutian Hujung Minggu...

Aktiviti hujung minggu melibatkan pelajar Kelab Bahasa Melayu KIPSAS dengan anak yatim dari Badan Amal Nur Zaharah Janda Baik. Program ini merupakan program amal kelab di samping menyemarakkan amalan bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Thursday, August 26, 2010

help Pakistan





http://www.unicef.org/malaysia/

Wednesday, August 25, 2010

Hadis

Rasulullah S.A.W bersabda:

''Apabila zaman telah dekat, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada orang yang lebih tua dan tidak ada rasa kasih sayang kepada anak yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai sehingga laki-laki menyentap perempuan di jalan. Mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala''

Hadith Riwayat Tabrani dan al-Hakim


jika dilihat kini kes pembuangan bayi hasil penzinaan semakin menjadi-jadi. Ini menjadi petanda bahawa dunia mula menuju akhir zaman. Oleh itu, marilah sama-sama memohon perlindungan daripada Allah S.W.T dan mengambil iktibar tentangnya.




Tuesday, August 24, 2010

mutiara kata

I remember hearing John speak to an audience of managers about the value of what we say it. He said...

the wrong words said at the wrong time discourage me
,
the wrong words said at the right time frustrate me
,
the right words said at the wrong time confuse me,
the right words said at the right time encourage me

petikan dari buku Rules of Work