Friday, February 11, 2011

bicara akademik

Berdebar jugak semasa membentangkan kertas kerja dalam bicara akademik 2 Febuari lalu. Bukan apa, berdiri di hadapan tenaga akademik dari pelbagai bidang di KIPSAS, buat saya rasa kerdil. Namun, akhirnya saya berjaya.. tipulah kalau tak rasa gemuruh. Salah satu teknik pembentangan yang saya pelajari untuk mengelakkan rasa gemuruh ialah selawat banyak-banyak dan tarik nafas dalam-dalam. Kemudian lepaskan serentak dengan ucapan yang pertama.. Insya Allah, semuanya akan berjalan lancar.


Penguasaan Bahasa Dalam Kalangan Pelajar KIPSAS: Satu Analisis Ejaan Dalam Skrip Jawapan Pelajar merupakan kertas kerja yang dibentangkan pada hari itu, namun banyak yang masih perlu diperbaiki lebih-lebih lagi, kertas kerja ini hanya disiapkan dalam tempoh seminggu sahaja. Bersengkang matalah jugak untuk menyiapkannya. Tetapi apa yang lebih penting kajian ini tidak berakhir dan objektifnya tercapai.


Bersama Kak Hasiah, Dina dan Kak Zula semasa majlis berlangsung.

No comments:

Post a Comment