Thursday, October 7, 2010

teater Muzikal Tun Mahathir

Rasa berkobar-kobar hendak melihat teater muzikal yang mengangkat kehidupan negarawan ulung negara ke pentas teater. Akhirnya semalam saya berjaya menjejakkan kaki ke laman istana budaya setelah beberapa kali program yang dirancang ini tertangguh. Tahniah kepada warga kerja dan barisan pelakon yang merealisasikan Muzikal Tun Mahathir selain istana budaya sendiri yang menjadi wadah dalam usaha mengangkat martabat teater yang sebelum ini dipandang sepi.
Tiket bagi teater ini habis dijual, dan kami hanya dapat menonton dari jauh. Biarpun begitu saya amat berpuas hati kerana dapat menghayati dan menelusuri kehidupan Tun Mahathir dari kecil hinggalah saat terakhir sebagai Perdana Menteri. Trip kedua ke istana budaya akan menyusul akhir November nanti untuk menonton teater Natrah pula...


No comments:

Post a Comment