Friday, February 11, 2011
bicara akademik

Nimo dan Momo
Tuesday, January 11, 2011
renungan bersama..
“Maka bergembiralah dan berharaplah terhadap apa yang mudah bagimu. Demi Allah, bukanlah kefakiran yang aku khuatirkan atas kamu, tapi aku mengkhuatirkan atas kamu kalau dibentangkan dunia untuk kamu sebagaimana yang pernah dibentangkan bagi orang sebelum kamu, lantas kamu berlumba-lumba merebutnya, lalu membinasakan kamu sebagaimana dulu membinasakan mereka.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Wednesday, December 1, 2010
tips jimat

1) Kurangkan perbelanjaan harian sebelum membeli sesuatu untuk diri sendiri. Tetapi sebelum itu, tanya diri sendiri -Adakah saya betul-betul perlukannya?-Bolehkan saya dapatkannya di tempat lain dengan harga yang murah?-Bolehkah saya mendapatkannya secara percuma?
3)Jimat penggunaan tenaga eletrik-kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan pengering)
4)Kurangkan sampah- gunakan kedua-dua belah halaman kertas dan guna kain lampin daripada lampin pakai buang
5)Guna semula atau kitar semula umpamanya pelajari cara membuat baja daripada sisa makanan dan usahakan kebun sayur atau tukarkan sampah anda kepada duit (jual surat khabar atau majalah lama)
6)Jadikan barang bertahan lebih lama dengan membaiki pakaian, kasut, dan perabot.
7)Cari kegunaan baru bagi barangan lama misalnya mengecat perabot lama, dan jadikan meja besar lama sebagai meja tulis dan buat quilt daripada pakaian lama
8)Cari barang penggganti yang lebih murah. Beli jenama biasa, membeli semasa jualan murah dan menyewa barang yang tidak berapa kerap digunakan.
9)Boleh berjimat cermat dengan memenuhi keperluan secara kreatif antaranya ialah langkah berkongsi kereta atau menggunakan sumber secara maksimum.
10)Berkongsi dalam pembelian yang besar. Perkongsian boleh membantu anda mendapatkan apa yang anda perlukan dengan kos yang rendah.
Tuesday, November 2, 2010
mutiara kata hari ini
sedekah paling mudah
Abu Yazid Al-Bushtami, pelopor sufi, pada suatu hari telah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, ‘’Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah tidak saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi kenapa saya selalu Abu Yazid Al-Busthami menjawab, ‘Perbaikilah penampilanmu dan rubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya’. Lelaki itu tertunduk dan berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar tanpa mengeluh. Alhamdulillah, sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian perlu dijaga. Sikapnya yang ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Raut mukanya berseri.
Tidak hairan jika Imam Hasan al-Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

