Wednesday, October 26, 2011

my dream car

Hmmmmmmmmmmmmmmmm..........

smile

Just smile :-)
sepenuh hati
dari hati
akan sampai ke hati

menara eiffel

Ini hiasan terbaru pejabat saya.
disandarkan pada dinding di sebelah kiri meja kerja.
sesekali memandang dan membayangkan diri berada di kaki menara ini
mana tau ada rezeki akan ku jejaki juga kakiku ke sana?

4pm

Cherating






hari sabtu ...
bosan sangat,
rasa nak pergi ke pantai,
dapat dengar bunyi ombak sambil pejam mata,
nyaman dan aman.
hari ahad....
jom pergi cherating!
Joommmmmmmmmmm.....

Thursday, April 21, 2011

Sahabat

Janganlah engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan ketika masalah atau urusannya selesai, maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau, serta memadai dengan amanahnya dan sikap bertanggungjawabnya kepada engkau.

IMAM UMAR BIN ABDUL AZIZ

Wednesday, April 20, 2011

Wanita


Nafsu mengatakan cantik pada wanita

Nafsu mengatakan wanita itu cantik pada rupanya

Akal mengatakan wanita itu cantik pada ilmu dan kepandaiannya

Hati mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya

orang bebal dan orang bijak



ciri orang beradab



''Dia sangat rajin dan tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya''



Confucius- ahli falsafah China

hari keluarga kipsas 2011










tak nak cerita banyak
layan je gambar-gambar ni

my new exora



Ini kereta keluarga yang saya beli, khas untuk ibu dan ayah saya. Dah lama berniat untuk membelinya, namun baru ni la kesampaian. Setelah 5 tahun, inilah bakti saya untuk mereka. Pada mulanya saya teragak-agak..namun restu daripada mak dan ayah, saya yakin dengan keputusan yang diambil. Moga ianya memberi manfaat untuk kegunaan kami sekeluarga.

Thursday, March 31, 2011

Puding di Raja

Abang Teh teringin nak makan puding raja. Saya dengan mak mula mencari resepi untuk buat puding tu. Maklumlah, anak ke-5 dia tu jarang sangat dapat balik. Sesekali balik mula la teringin nak makan itu la nak makan ini la..tapi mak dan kak ngahnye memang jenis melayan kalau bab makan-makan nih.

Sebenarnya ini percubaan pertama kami. Mak buat jala emas, tapi jala emas tu tenggelam dek susu cair. Banyak jugak bahan yang diperlukan. Kos penyediaannya, RM50 untuk 10 orang makan. Esoknya kami buat lagi.

Pertandingan Tradisional Tapak Gajah



Permainan Tradisional Galah Panjang



Tuesday, March 1, 2011

Pertandingan Pidato KIPSAS 2011

Perasmian Sudut Pidato KIPSAS oleh Naib Presiden Hal Ehwal Pelajar

Johan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu

Tiga pemidato Bahasa Inggeris menunggu giliran untuk berpidato..

Hari Lahir


Terima kasih kawan-kawan atas majlis hari lahir yang kalian anjurkan..

Friday, February 11, 2011

Rahil Thaqifah


Rahil yang comel..


bicara akademik

Berdebar jugak semasa membentangkan kertas kerja dalam bicara akademik 2 Febuari lalu. Bukan apa, berdiri di hadapan tenaga akademik dari pelbagai bidang di KIPSAS, buat saya rasa kerdil. Namun, akhirnya saya berjaya.. tipulah kalau tak rasa gemuruh. Salah satu teknik pembentangan yang saya pelajari untuk mengelakkan rasa gemuruh ialah selawat banyak-banyak dan tarik nafas dalam-dalam. Kemudian lepaskan serentak dengan ucapan yang pertama.. Insya Allah, semuanya akan berjalan lancar.


Penguasaan Bahasa Dalam Kalangan Pelajar KIPSAS: Satu Analisis Ejaan Dalam Skrip Jawapan Pelajar merupakan kertas kerja yang dibentangkan pada hari itu, namun banyak yang masih perlu diperbaiki lebih-lebih lagi, kertas kerja ini hanya disiapkan dalam tempoh seminggu sahaja. Bersengkang matalah jugak untuk menyiapkannya. Tetapi apa yang lebih penting kajian ini tidak berakhir dan objektifnya tercapai.


Bersama Kak Hasiah, Dina dan Kak Zula semasa majlis berlangsung.