Wednesday, December 1, 2010

tips jimat


Zaman sekarang semua barang mahal.. kalau tidak bijak perancangan sememangnya akan berlaku 'hari ini dapat gaji, esok dah habis'. Di sini saya nak kongsikan beberapa tips untuk jimat. Jom sama-sama kita cuba untuk bulan yang pertama dan kenalpasti berapa RM yang kita dapat jimat selepas mengamalkan tips tersebut.

1) Kurangkan perbelanjaan harian sebelum membeli sesuatu untuk diri sendiri. Tetapi sebelum itu, tanya diri sendiri -Adakah saya betul-betul perlukannya?-Bolehkan saya dapatkannya di tempat lain dengan harga yang murah?-Bolehkah saya mendapatkannya secara percuma?

2)Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar melebihi bajet. Fikirkan kemungkinan ini, jika anda tidak menggunakan kereta, maka jimatlah duit minyak atau hanya membeli kereta yang lebih kecil.

3)Jimat penggunaan tenaga eletrik-kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan pengering)

4)Kurangkan sampah- gunakan kedua-dua belah halaman kertas dan guna kain lampin daripada lampin pakai buang

5)Guna semula atau kitar semula umpamanya pelajari cara membuat baja daripada sisa makanan dan usahakan kebun sayur atau tukarkan sampah anda kepada duit (jual surat khabar atau majalah lama)

6)Jadikan barang bertahan lebih lama dengan membaiki pakaian, kasut, dan perabot.

7)Cari kegunaan baru bagi barangan lama misalnya mengecat perabot lama, dan jadikan meja besar lama sebagai meja tulis dan buat quilt daripada pakaian lama

8)Cari barang penggganti yang lebih murah. Beli jenama biasa, membeli semasa jualan murah dan menyewa barang yang tidak berapa kerap digunakan.

9)Boleh berjimat cermat dengan memenuhi keperluan secara kreatif antaranya ialah langkah berkongsi kereta atau menggunakan sumber secara maksimum.

10)Berkongsi dalam pembelian yang besar. Perkongsian boleh membantu anda mendapatkan apa yang anda perlukan dengan kos yang rendah.

Moga perkongsian ini dapat membantu kita dalam menguruskan perbelanjaan seharian secara berhemah seterusnya mengelakkan pembaziran