may your faith give us faith
may your hope give us hope
may your love give us love
may your hope give us hope
may your love give us love
-Bruce Springsteen-2002
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat
Rasulullah bersabda bermaksud: Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.
Rasa berkobar-kobar hendak melihat teater muzikal yang mengangkat kehidupan negarawan ulung negara ke pentas teater. Akhirnya semalam saya berjaya menjejakkan kaki ke laman istana budaya setelah beberapa kali program yang dirancang ini tertangguh. Tahniah kepada warga kerja dan barisan pelakon yang merealisasikan Muzikal Tun Mahathir selain istana budaya sendiri yang menjadi wadah dalam usaha mengangkat martabat teater yang sebelum ini dipandang sepi.