Saturday, May 29, 2010

my new book- kasih disemai, sayang dituai


buku ini benar2 menyentuh hati sy. penulisnya menulis dari hati dan ianya sampai ke hati.. bermula membaca sinopsisnya, sy terharu. teringat kenangan lama. sebenarnya, air mata sy luruh ketika membaca bait2 memoir Dr. Amida. terimbau saat2 sy lalui masa kecil yg sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan beliau. bahasa yang mudah, tetapi cukup menyentuh perasaan. betapa setiap yang berlaku diterima dengan redha dan berlapang dada itu, memberi nikmat yang tidak terhingga di hujungnya.

Indahnya hidup ini jika subur dengan kasih sayang dan belas ehsan.

Thursday, May 27, 2010

keluarga besar saya

perkahwinan Abdullah Ba'awi bin Manab+Khaziah binti Omar, maka wujudlah kami 15 beradik

Aida Roha
Sa'adiah
Abdul Manab
Sabariah
Mohd. Khaidzir
Nurul Hana
Norlaili
Ahmad Fikri
Emma Rohaya
Zuraidi Amir
Rosdiana
Zainal Hares
Melisa
Ahmadulmustapa
Norwajiha

ayah dan ibu.. ayah dan ibu... itulah permulaan kami
dapat melihat bulan dan matahari.. aaaa..

seminar terbaru

Seminar antarabangsa terbaru anjuran ATMA, UKM bertajuk Warisan Melayu di Indochina pada 24-26 Jun 2010.. seminar ini diadakan di Kampuchea, tp ape yg bestnyer ada tour lepas seminar ke Angkor Wat (tapak warisan dunia)....nak pegi!!!

ini pulak pameran wajah masyarakat Campa yang tinggal di Malaysia. pameran ini akan berlangsung UKM pada 4-12 jun 2010 nnt..


Wednesday, May 26, 2010

sakit dan kematian

Ya.. Allah, dugaan untuk sy di mana selepas sy menghadiri wacana tersebut dan pulang ke rumah tamu .. secara tiba2 kedua belah kaki sy sakit yg amat sgt. sy terbaring di depan pintu, smbil menangis. Ya, Allah..tidak terkata kesakitan yg sy tggung. sebelum itu, sy diberitahu bahawa rakan baik sy telah meninggal dunia akibat sakit sendi.. x upaya sy untk pulang bagi menziarahi beliau. hanya al-Fatihah dapat dikirimkan. ketika sakit tu, sy terbayang kematian. andainya sy juga pergi mengadapNya ketika itu, siapalah yg tahu kerana hanya sy seorang sahaja di situ.. dlm 15 minit, alhamdulillah... kesakitan itu beransur pulih. ini kali pertama berlaku perkara sedemikian kepada sy.. Ya Allah, aku reda atas semua yg berlaku..

ukm- wacana bahasa kebangsaan



perjalanan bermula pada 8 pg dari Kuantan menaiki bas transnasional, tiba di UKM tepat jam 1 ptg. bermandikan peluh dan kelaparan.. saya pegi makan kat cafe Ungku Omar sblm check in di rumah tamu jam 2. seminar start 2.30 ptg. terkejar2.. nak ke ATMA, saya susuri jalan2 ke kuliah di fssk. masih segar diingatan saya jalan nak ke sana. seolah2 menjadi pelajar kembali. malah sy disangka pelajar semasa mendaftar untuk menyertai wacana ini..:-)


smpi di bilik majlis, wacana baru shj bermula. ahli panel ialah Encik Rusli Ghani dari DBP. Dr. Zurinah Hassan, sasterawan n Dr. Teo Kok Seong (kanan sekali) dari UKM. Untuk makluman Dr. Teo mempunyai empat ijazah dalam bidang bahasa dan kini merupakan felo penyelidik utama ATMA. setiap ahli panel diberikan masa selama 40 minit untuk membentangkan pandangan mereka mengenai bahasa kebangsaan. namun apa yg lebih membanggakan saya ialah ada kenalan dari Perancis yg fasih bertutur dalam bahasa Melayu. malah pasangan ini menggunakan nama Melayu Aisyah dan Osman. mereka berada di UKM mengambil kursus bahasa Melayu selama 8 bulan. kemampuan mereka untuk berbicara dalam bahasa Melayu buat saya kagum n bangga. punyalah seronok berborak smpi terlupa nak amik gambar...

Monday, May 24, 2010

makanan Acheh

sebenarnya semasa kembara saya di Acheh, semua makanannya saya makan dan kena dengan selera saya sebab...1) sebab sy lapar 2) sy mmg suka makan 3) saya suka cuba makanan 4) mmg sedap..ni saya upload makanan yg sy makan semasa di sana..tgk jelah ye, sy x sempat tanya resepinya coz sedap sangat terutama aiskrim durian tu.
aiskrim durian

roti gulung (tu tangkai cili padi)


nasi Acheh


pisang goreng

result periksa darjah 1

''kita rasa kita boleh dapat nombr satu''.. kata wajiha. ''ok, klu adik dapat nombr 1, ngah belikan warna baru untuk adik ye, tp klu tak dpt nombr satu, tak dapatlah warna tu''. ''ok'' kata wajiha.. selang dua minggu, result periksa pun keluar dan dihantar kepada ibu bapa.. ''adik periksa baru ni dapat no berapa?'' no 8..... oh, oklah tu'' tiba disambungkan perkataan belas lambat2 di belakang 8... ''eh!eh!... ooo dapat no 18... takpe adik, cuba lagi, jangan give-up..''

sebenarnya tiada paksaan terhadap adik2 saya supaya mendapat bagus atau nombor satu dalam peperiksaan.. apa yang penting mereka sentiasa diperbetulkan kesalahan dalam peperiksaan supaya tidak lagi melakukan kesilapan yang sama pada akhir tahun.. kemahuan untuk belajar dan menimba ilmu sebenarnya lebih penting.. ramai mereka yang dilihat berjaya pada peringkat awal persekolahan, tetapi di hujungnya tidak berjaya memberi manfaat kepada orang lain mahupun diri sendiri. kesian melihat budak2, baru tahun 1, tp dah pegi tuition sana, tuition sini.. mana pergi masa untuk diri mereka meneroka zaman kecil mereka? ibu bapa dilihat mempergunakan anak2 untuk dipandang berjaya mendidik mereka, tetapi hanya dari segi akademik semata2. bagaimana dari segi fardu ain? mengaji dan sembahyangnya? turut diberi penekanan atau tidak? alhamdulillah sekiranya kedua2nya diseimbangkan.

gigi susu patah...

wajiha menjadi doktor dlm usaha mencabut gigi susunya.. nak ke klinik, takut.. akhirnya berjaya jugak dicabutnya setelah sekian lama. sebenarnya dia malu giginya rongak di depan. ini kali pertama giginya luruh.. mungkin pelik kelihatannya. malah dia sentiasa membuat percubaan di depan cermin bagi mengelakkan ianya kelihatan begitu ketara.. ''kita tak nak bercakap ngan sape2 pun dalam kelas nnt''.. katanya :-)

Friday, May 21, 2010

16 Mei

SELAMAT HARI GURU

jogingg..

lama x pi joging.. bila ajak kwn2, ade saje halnye... akhirnya berjaya jugak sy pegi sorang diri.. hehehe.. janji dpt jgk pegi joging.. sy cuti sehari semata2 nak pegi taman gelora. dengan psalinan serba hitam dan hijau lengkap dengan kasut sukan dan tidak ketinggalan beg kargo utk sumbat barang2:-). bermula dengan jalan laju mengelilingi taman n berlari anak2, i'm freedom...rasa x best sebelum ni, hilang...bestnyer la klu dpt joging hari2!!

tgh fokuss menghabiskan larian, tiba2 langkah sy terhenti.. burung raja udang ni betul2 depan sy.. tp burung ni x terbang pun.. serius betul mukanyer.. mgkn x dpt tgkap ikan lagi pagi ni.. agaknyer lah

Habis 3 round kat taman gelora, saya pergi plak ke taman teluk sisek. eh..eh kenapa x rasa letih ye? agaknyer sbb hati dah tekad nak joging.. kat sana pun 3 round jgk.. sesi hari ini, berakhir dengan regangan dan lepak2 kat tasik.. sambil tu sempt lagi baham karipap 3 ketul.. alamak, habis diet aku!!

cuti@kerja

hajat di hati nak cuti seminggu, tp sehari pun saya x sanggup..cuti mmg mbosankan!! sy mmg jarang bercuti hinggakan bos suruh sy amik cuti..bayangkan cuti terkumpul sy ada 90 hari, sedangkan yg boleh 'carry forward' hanyalah 60 hari..jenuhla nak perabih cuti supaya x hangus..dulu, sy mmg kuat kerja.. hinggakan sabtu ahad pun dtg kerja..tp ekoran kesihatan sy yg x beberapa baik kebelakangan ini, sy terfikirkan bahawa, kerja mmg xkan habis.. apa yg penting, sentiasa berada dlm arus alpha/ketenangan, rancang dan siapkan kerja pada waktunya serta sentiasa senyum :-). janganlah kerana nak mengejar pangkat dan harta, kita x sedar ms berlalu begitu pantas n kita terlepas banyak saat2 manis dlm hidup kita..

teka tekuk

salam kekawan.. saje nak test minda korang..
ape nama benda ni???
jawab.. jawab..

Boling anjuran BAKKIP


fokus.. fokus..bersiap sedia menunjukkan 'ketereran'

seminar bahasa kebangsaan

Selasa ini, sy akan menyertai seminar di ATMA, UKM. Seminar ini akan membincangkan mengenai persoalan dan permasalahan bahasa kebangsaan. Ahli panelnya Prof. Dr. Teo Kok Seong yang mana merupakan pensyarah sosiolinguistik sy dulu.. Apapun, perjalanan sehari ini, sy akan keseorangan menuju lembah ilmu di perbukitan Bangi yang menjadi tempat sy menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar pada tahun 2001-2004. UKM, aku jejaki kau kembali setelah 6 tahun berlalu..Ya Allah, permudahkanlah urusanku..amin

kembara

Salah satu minat sy ialah melancong, tp x penah kesampaian coz kewangan tidak mengizinkan, namun rentetan daripada kembara ke bumi Acheh dan Singapura pd tahun lepas membuatkan perasaan sy berkobar2 utk cuti2 jelajah Malaysia. Dlm post yg lepas, hati sy seolah2 terpanggil ke Pulau Pinang.. bila hati dah tekad, sy akan pergi. Kebetulan ada seminar akhir tahun nnt akan di buat di sana.. jd, sy x nak lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke Pulau Mutiara yang mana pernah menjadi Negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang).. Selain itu, apa yg menyebabkan sy terpanggil ke sana juga adalah utk melengkapkan xpdc peribadi sy setelah Melaka dan Singapura sy jejaki. Kiranya x lengkap andai ketiga2 negeri itu tidak sy kenali sejarahnya..

Tuesday, May 11, 2010

mari mengaji

rutin kami sekeluarga ialah selepas solat maghrib berjemaah, semua adik2 akan mengaji. mak yg akan mengajar adik2 mengaji, malah ada jiran yang turut sama menghntr anak2 mereka untuk mengaji di rumah kami.. alhamdulillah, mustapa ketika mengaji dan mengalunkan azam buat saya mengenang air mata. suaranya yg serak2 basah tu, benar2 buat sy terharu n bangga dengannya..

ni, adik sy yg ke-10, Amir.. kadang kala dia yg menjadi guru mengaji untuk adik2 sy yg lain. syukur, setelah dia dimasukkan ke sekolah agama, dia sudah boleh menjadi imam.. semua yang berlaku ni buat sy benar2 bangga dengan mereka...

Monday, May 10, 2010

retire young, retire rich

ini buku terbaru utk bln Mei.. bila baca buku ni, saya baru terfikir.. smpi bila saya nak bekerja? smpi pencen? smpi bila saya nak bekerja hanya untuk membayar hutang? kini saya mula merancg untuk bersara pada usia 40 tahun.. mgkn terlalu awal, atau sudah cukup baik ke tahap kewangan sehingga mahu bersara awal? tp perkara ini tidak mustahil sekiranya kita menguruskan wang/hutang kita agar dapat bekerja untuk kita.. think about that!! how to get rich quickly and stay rich forever...

nak bercuti

hari ni berkobar2 rs nak pegi bercuti dan destinasi utama adalah nun jauh ke utara... Pulau Pinang. saya dah terasa2 sdg berjalan di deretan kedai di sana, menikmati makanan dan mengenali masyarakat serta budaya org Penang. kenapa saya nak pegi sana? kenapa yer? nak melawat bandar lama agaknyer.. Perlis dan Kedah saya dah pegi semasa promosi dan rasanyer cam tak lengkap jelajah negara klu salah satu negeri x singgah. nak ajak kwn2, semua ada hal.. tp walau bagaimanapun saya mmg kena pegi ke sana jgk...

the first 30 days

Reading is a part of my life.. saya mmg x boleh hidup tanpa buku.. kali ni nak share 1 buku yg saya baru je baca yang bertajuk The First 30 Days- Your Guide to Any Change And Loving Your Life More oleh Ariane de Bonvoisin. Buku ini membincangkan mengenai perubahan baik dlm kehidupan peribadi, kerjaya mahupun percintaan. kadangkala kita melihat perubahan sebagai sesuatu yang menakutkan dan menyusahkan. tetapi percayalah, hidup perlukan perubahan.. hanya org yg x mahu berubah shj yang kekal statik sepanjang hidupnya..

Friday, May 7, 2010

si bongsu wajiha

1...2...3 smile!
sayalah wajiha..

ni wajiha.. adik bongsu saya. baru2 ni, beg sekolah dia dah koyak. so belikanla dia beg baru.. kesian dia, dahlah kecik, kena bwk beg sekolah berat pulak tu. sejak masuk drjh 1 ni, bdn dia semakin susut..

Thursday, May 6, 2010

bas oh bas

hari ni kuar off awal, tp smpi umah lambat...:(. Setelah 2 jam menunggu, barulah nampak bas hitam separuh, putih separuh...servisnya makin x ok.. kaki aku ni dah kejang berdiri dr jam 5-7 ptg.. tp mujur dlm bas dpt duduk.. lega kejap smpi boleh terlelap...nyaris je x landing atas bahu makcik sebelah, hehe...naik bas ok coz dpt jimat, x yah kuar duit tuang minyak, x sesak, boleh baca buku dlm bas, boleh rehat n tido kejap.. tp klu tggu x kena time, boleh jadi berapi gak. bukan ape, byk ms terbuang. sbb tulah kena pastikan buku sentiasa di bawa agar boleh baca baik ms tggu bas atau dlm bas... malah pernah je aku tanda paper dlm bas. dulu nak muntah jgk, tp skrg no hal..

deco rumah

esok cuti.. mak n ayah pi makan angin ke Perlis. so kena monitor adik2 n kena rancang aktvt selama 3 hari ni. deco rumah jadik agenda utama. clothespin kat atas tu simple je, tp cantik!! nak buat lah...

1st time blogging

2010- baru la nak berblog.. ketinggalan sungguh.. tp x pe, yg penting byk perkara yg berlaku dalam hidup dpt diabadikan untuk diulang tayang sebagai kenangan.